Kayveas mahu saman pihak buat tuduhan tidak berasas

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M. Kayveas sedang mempertimbangkan untuk memfailkan saman fitnah terhadap pihak-pihak yang membuat tuduhan yang tidak berasas terhadapnya.

Katanya beliau selama ini banyak berdiam diri dan tidak menghiraukan segala tuduhan tapi terpaksa berbuat demikian kerana fitnah semakin menjadi-jadi.

"Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak fitnah dan tuduhan yang tidak berasas telah dilemparkan kepada saya dan saya tiada jalan lain kecuali bertindak mengikut undang-undang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen PPP Pulau Pinang di sini Rabu.

Katanya beliau juga dimaklum semalam terdapat seorang peguam yang membuat tuduhan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa PPP telah menerima sejumlah wang daripada Barisan Nasional untuk tabung parti.

"Saya bersedia menyerahkan sebarang dokumen berkaitan akaun parti bagi membukti tiada penyelewangan berlaku sepanjang menjadi presiden sejak 1993," katanya.

Mengenai kedudukan PPP daripada sudut ROS, Kayveas berkata beliau sudah menyerahkan dokumen yang dikehendaki dan beberapa dokumen lagi akan menyusul.

"Ada beberapa dokumen yang sudah diserah, perlu saya tandatangani. Itu akan saya selesaikan secepat mungkin," katanya.

Kayveas juga berkata seorang ahli yang dipecat sudah mengemukakan rayuan manakala dua lagi dikatakan mahu berbuat demikian dalam tiga hari ini.

"Datuk T. Murugiah juga boleh membuat rayuan, jika benar dia sayangkan parti. Masih ada waktu sebelum 30 Mei. Parti sedia memberi pertimbangan adil," katanya.

Kemelut dalaman PPP bermula apabila beberapa pemimpin termasuk Murugiah yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dipecat tetapi pada satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) oleh kumpulan Murugiah Ahad lepas, mereka telah membuat undi tidak percaya terhadap Kayveas dan memilih Murugiah sebagai Presiden PPP yang baru, menyebabkan parti itu mempunyai "dua presiden".

Pada masa ini, ROS sedang mengkaji kesahihan EGM itu dan meneliti kepatuhan PPP kepada Akta Pertubuhan 1966 seperti menyediakan dan membentang laporan aktiviti tahunan serta menyediakan penyata kewangan pada mesyuarat agung tahunan pertubuhan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan