Ganjaran wang: Aminah dakwa terima ugutan

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Calon Bebas, Aminah Abdullah mengakui beliau menerima beberapa ugutan melalui telefon daripada pihak yang tidak dikenali ekoran pendedahan berhubung bukti beliau ditawarkan ganjaran daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Aminah berkata melalui panggilan telefon tersebut beliau menerima cacian dan kata-kata kesat yang meminta supaya menarik balik kenyataan dan pendedahan yang dibuatnya sebelum ini.

"Kak Min (Aminah) ada menerima satu, dua panggilan ugutan...biasalah, tak perlu layan," katanya dalam sidang media di Simpang Tiga Kubang Ulu hari ini.

Isnin lalu Aminah mendedahkan bukti berbentuk rakaman audio perbualan antara beliau bersama dua wakil PKR iaitu seorang Pegawai Khas kepada Exco Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang dan seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR yang cuba menawarkan ganjaran kepadanya termasuk wang sebanyak RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Jelas Aminah panggilan berbaur ugutan tersebut dibuat oleh seorang lelaki yang tidak di kenali.

"Lelaki itu telefon dan maki hamun, kalau berani telefonlah menggunakan telefon yang boleh Kak Min hubungi semula.

"Ini dia guna telefon awam...pengecut," katanya.

Ditanya sama ada pihak polis memberi perlindungan kepada beliau dan keluarga selepas membuat laporan berhubung keselamatannya, Aminah berkata: "Ada...polis ada datang."

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan