SPR teliti bukti sebelum ambil tindakan - Aziz

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti salinan rakaman audio cakera padat berhubung dakwaan sogokan wang tunai dan jawatan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), kepada seorang calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, sebelum mengambil tindakan lanjut.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata salinan cakera padat yang diserahkan calon Bebas Pilihan Raya Kecil DUN Penanti Aminah Abdullah itu akan dihantar ke ibu pejabat untuk disiasat.

"SPR akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasat kes ini. Kami akan teliti isi kandungan cakera padat itu untuk pastikan siapa yang terlibat, dan sekiranya calon PKR terlibat, kami akan ambil tindakan terhadapnya," katanya kepada pemberita selepas melawat syarikat Percetakan Nasional Malaysia Berhad, di Jalan Stesen di sini hari ini.

Beliau berkata sekiranya calon PKR memenangi kerusi DUN Penanti, dan kemudiannya didapati bersalah, SPR tidak akan teragak-agak untuk membatalkan kemenangan itu.

Abdul Aziz berkata SPR sebagai badan bebas akan menjalankan siasatan secara adil dan saksama.

"Kena benarbenar pastikan siapa yang terlibat dan saya rasa ia akan ambil masa agak lama sebab kami perlu sahih," katanya.

Isnin lepas Aminah, atau lebih dikenali dengan penggilan Kak Min, 56, dalam satu persidangan akhbar mendakwa beliau ditawarkan ganjaran wang tunai RM80,000 serta jawatan Timbalan Ketua Menteri (TKM) I Pulau Pinang oleh PKR.

Beliau mendakwa PKR menawarkan jawatan TKM I jika menang pilihan raya berkenaan pada 31 Mei ini, dan kembali menyertai parti itu.

Aminah turut mengemukakan bukti berbentuk rakaman audio cakera padat untuk menyokong dakwaannya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan