Mogok lapar: 19 ditahan sertai perhimpunan haram dibebaskan

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kesemua 19 orang termasuk lapan wakil rakyat pembangkang yang ditahan pagi semalam kerana didakwa menyertai perhimpunan tanpa permit di kawasan lapang berhampiran Wisma DAP di sini akan dibebaskan selewat-lewatnya petang ini sebaik sahaja siasatan polis selesai dijalankan.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata, pada masa ini, polis masih merakamkan percakapan mereka bagi tujuan penyiasatan sebelum kes itu dibawa kepada Pendakwa Raya.

"Mereka ditahan kerana berhimpun atau menyertai perhimpunan tanpa sebarang permit dan ketika ditahan mereka cuba berarak berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan dan ini adalah satu kesalahan," katanya pada sidang akhbarnya di sini, semalam.

"Oleh kerana perhimpunan itu tanpa permit dan tidak mematuhi arahan untuk bersurai, polis terpaksa mengambil tindakan membuat tangkapan bagi tujuan siastan lanjut di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis," katanya.

Beliau berkata, lima yang ditahan itu termasuk tiga warga negara Myanmar berumur antara 20 hingga 28 tahun dan semasa ditahan mereka sedang memasang khemah dan alat siar raya bagi menjayakan kempen mogok lapar anjuran pakatan pembangkang diluar Wisma DAP.

Polis turut merampas satu belon udara besar dengan tulisan "Bubar DUN" dan "Daulat Tuanku" dalam tiga bahasa yang turut dipasang di luar Wisma DAP itu.

Zulkefli berkata, lima yang ditahan itu akan disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Hasutan iaitu denda tidak melebihi RM5,000, penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Empat belas orang termasuk lapan wakil rakyat pembangkang itu akan disiasat mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis dan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 dan penjara tidak melebihi setahun, jika disabitkan, katanya.

Wakil rakyat berkenaan adalah Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh yang juga bekas Speaker V. Sivakumar, Keshvinder Singh (Malim Nawar), Thomas Su (Pasir Pinji), Lim Pek Har (Menglembu) dan Leong Mee Meng (Jalong) yang semuanya daripada parti DAP.

ADUN Teja, Chang Lih Kang dan Chan Ming Kai (Simpang Pulai) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana enggan mematuhi arahan polis untuk bersurai walaupun setelah diberi amaran beberapa kali oleh polis.

Zulkefli menasihatkan semua pihak termasuk ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mana-mana organisasi supaya mematuhi undang-undang sedia ada dalam melaksanakan apa juga aktiviti mereka. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan