Dakwaan ganjaran: SPRM siasat 2 pemimpin PKR, kunjungi rumah Aminah

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Suami Aminah, Mohd Rofi Osman menghidangkan makanan kepada Cheah (kanan) dan Peter (kiri) sewaktu hadir untuk makan tengah hari di rumahnya pada 13 Mei lalu.
Suami Aminah, Mohd Rofi Osman menghidangkan makanan kepada Cheah (kanan) dan Peter (kiri) sewaktu hadir untuk makan tengah hari di rumahnya pada 13 Mei lalu.

BUKIT MERTAJAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluaskan skop siasatan dakwaan sogokan kepada calon Bebas, Aminah Abdullah dengan mengambil keterangan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Cheah Ka Peng.

Menurut Cheah, beliau hadir ke pejabat SPRM cawangan Seberang Perai pada pukul 4 petang tadi dan memberi keterangan kira-kira hampir dua jam.

"Saya sudah diambil keterangan berhubung rakaman suara berkenaan, mereka minta saya jelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

"Saya beri kerjasama yang sepenuhnya dalam sesi berkenaan," katanya kepada mStar Online.

Semalam Cheah dan Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang, Peter Lim Eng Nam mengaku mereka adalah dua individu yang terdapat dalam rakaman suara yang didedahkan oleh Aminah.

Pengakuan itu dibuat selepas Aminah mendedahkan bukti berbentuk rakaman audio perbualannya bersama mereka yang cuba menawarkan ganjaran termasuk wang sebanyak RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Jelas Cheah, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

Ditanya sama ada beliau hadir di pejabat SPRM memberi keterangan bersama Peter, beliau memaklumkan hadir seorang diri.

"Saya hadir seorang sahaja, Peter tidak bersama-sama dengan saya.

"Tapi saya difahamkan beliau juga dipanggil oleh SPRM untuk beri keterangan hari ini dan beliau telah hadir pada yang berasingan," katanya.

Menurut Cheah, keterangannya diambil oleh pegawai penyiasat SPRM.

Bagaimanapun mStar Online gagal untuk menghubungi Peter bagi mendapatkan penjelasannya mengenai perkara tersebut.

Selain itu, SPRM juga telah mengunjungi rumah Aminah bagi mendapatkan keterangan anak keduanya, Herfinie Mohd Rofi yang bertanggungjawab merakamkan gambar sewaktu Cheah dan Peter sedang makan tanpa disedari.

"Mereka datang ke rumah pukul 5 petang tadi, ada dua orang pegawai, seorang lelaki dan seorang perempuan.

"Mereka tanya macam mana saya boleh rakam gambar tu, sebab saya rakam dan banyak lagi," kata Herfinie kepada mStar Online.

Jelasnya, kedua-dua pegawai SPRM tersebut hadir dengan berpakaian biasa dan beredar kira-kira sejam kemudian.

Aminah telah diambil keterangan selama hampir 10 jam termasuk enam jam kelmarin.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan