Timbalan Presiden PAS: Mat Sabu lengkapkan saingan tiga penjuru

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu turut mengesahkan akan mencabar Nasharuddin Mat Isa bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan minggu depan.

"Saya akan tetap bertanding dan tidak akan tarik diri," katanya kepada mStar Online ketika diminta mengulas pendiriannya untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu.

Menurut Mat Sabu, beliau telah menghantar borang penerimaan pencalonan kepada jawatankuasa pemilihan parti tiga hari lalu.

Urusan penerimaan pencalonan pemilihan PAS ditutup semalam.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, lima orang calon layak bertanding iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Murysidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dua Naib Presiden PAS sedia ada, Datuk Paduka Husam Musa dan Mat Sabu sendiri.

Minggu lalu, Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dan Haron Din telah mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.

Kenyataan Mat Sabu itu melengkapkan saingan tiga penjuru bagi jawatan nombor dua parti itu.

Pagi semalam Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Salor turut mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut.

Nasharuddin, Timbalan Presiden PAS sejak dua penggal, pagi semalam mengesahkan kepada mStar Online akan mempertahankan jawatannya buat penggal ketiga.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan