Mogok lapar strategi pembangkang gugat kestabilan politik - Dr Zambry

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beliau berkata mogok lapar itu juga merupakan antara satu daripada siri taktik pembangkang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia dan dunia untuk menggambarkan seolaholah keadaan politik negeri ini tidak akan tenang.

Katanya matlamat pembangkang hanya satu iaitu untuk mewujudkan suasana yang tidak aman dan stabil di Perak.

"Bermacam-macam helah mereka gunakan termasuk yang terbaru sekali mempergunakan bekas Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung supaya menyaman kerajaan negeri.

"Selepas ini, kita tidak tahu apa lagi muslihat mereka. Biarlah mereka...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis meraikan anggota veteran Umno di Bangunan Umno Perak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan mogok lapar pembangkang dan juga penahanan 14 orang yang berarak dari Wisma DAP ke Mahkamah Tinggi Ipoh pagi tadi.

Pakatan pembangkang DAP, PKR dan Pas hari ini melancarkan kempen mogok lapar dan puasa sunat 72 jam di Wisma DAP di sini bagi mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Zambry yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri berkata beliau berharap rakyat dapat menilai sikap sebenar pembangkang berikutan tindakan mereka mencetuskan kekecohan.

"Tetapi saya yakin tindakan mereka ini akan kena pada batang hidung mereka sendiri kerana lamakelamaan rakyat menjadi semakin meluat dengan perangai mereka yang sentiasa menimbulkan kekecohan," katanya.

Terdahulu, semasa ucapannya Zambry menyeru anggota veteran Umno menggembleng tenaga membantu parti itu memberi kesedaran kepada golongan muda mengenai semangat perjuangan Umno.

"Anak-anak muda kini semakin lupa jasajasa Umno. Justeru kita mesti berbuat sesuatu dan orang lama seperti veteran amat sesuai membimbang mereka ini," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan