Krisis PPP: Muhyiddin tidak memihak kepada sesiapa

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak memihak kepada sesiapa atau mengambil apaapa pendirian berhubung kemelut yang melanda Parti Progresif Penduduk (PPP).

Muhyiddin pagi ini menerima kunjungan Presiden PPP Datuk M.Kayveas di pejabatnya untuk mendengar penjelasan Kayveas berhubung masalah yang melanda parti berkenaan.

"Ya, Kayveas ada berjumpa saya dan jelaskan apa yang berlaku dalam parti dan saya dengar...dan saya tidak ambil apaapa pendirian," katanya kepada pemberita ketika selepas mengadakan perjumpaan dengan tujuh pertubuhan Cina mengenai isu pendidikan di pejabatnya di sini.

Muhyiddin berkata sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), penting baginya untuk mengetahui status parti itu dan bagaimana pemimpin parti berkenaan dapat menyelesaikan masalah yang wujud.

Ahad lepas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah yang sebelum ini dipecat sebagai anggota Majlis Tertinggi PPP, dipilih sebagai presiden baru parti dalam satu mesyuarat agung luar biasa parti yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Muhyiddin berkata beliau juga akan bertemu dengan Murugiah untuk mendengar penjelasan daripada pihaknya.

"Bila pertemuan itu tak tahu lagi...mungkin dalam sehari dua lagi," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan