KENYATAAN MEDIA SENATOR MURUGIAH

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KENYATAAN MEDIA SENATOR T. MURUGIAH, PRESIDEN PPP

Saya telah menyerahkan dokumen yang berkaitan EGM PPP yang diadakan pada 24 Mei 2009 kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia semalam lebih kurang 11.30 pagi di mana penyerahan itu hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit dan seterusnya saya telah beredar keluar dari Pejabat ROS.

Dalam pada itu, saya juga ingin merujuk kepada kenyataan media bekas Presiden PPP, Datuk M. Kayveas yang menuduh bahawa saya telah minta ROS untuk membatalkan pendaftaran PPP dalam ROS.

Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah mohon ROS untuk membatalkan pendaftaran PPP.

Sebaliknya, saya mengetahui perkara bahawa PPP tidak mengemas kini rekod PPP dan tidak menghantar penyata kewangan sejak tahun 2002 apabila Dr. N.A. Shanmuganthan, bekas Ahli Majlis Tertinggi PPP membuat kenyataan media berhubung perkara tersebut.

Perkara pokok dalam isu ini ialah kegagalan untuk mengemas kini rekod PPP dan kegagalan untuk menghantar penyata kewangan sejak tahun 2002 dan perkara ini telah menyebabkan ahli-ahli berasa begitu kecewa terhadap kepimpinan PPP.

Saya rasa Datuk M. Kayveas sepatutnya menggunakan 100 James Bond yang beliau ada untuk mengemas kini rekod PPP dalam ROS yang tidak dikemas kini sejak tahun 2002 daripada membuang masa dan tenaga.

Beliau juga mencadang supaya saya menubuhkan parti sendiri. Saya tidak perlu menubuhkan parti lain kerana ahli-ahli PPP telah memberi mandat kepada saya dan telah memlih saya sebagai Presiden PPP melalui EGM yang diadakan pada 24 Mei 2009.

Justeru saya perlu, akur kepada keputusan ahli-ahli PPP dan bukannya kepada desakan Datuk M. Kayveas.

Beliau berkata tidak ada ahli PPP menghadiri EGM, tetapi mahu mengambil tindakan terhadap ahli yang menghadiri perhimpunan tersebut. Jadi apa maksud beliau? Bukan itu sahaja, Ketua Pemuda PPP iaitu saudara R. Ellan Govan yang kini menyokong saya telah dikatakan sakit dan mohon untuk orang lain untuk gantikan.

Perkara ini tidak benar sama sekali.

Saya selama ini telah begitu bersabar dengan pelbagai tuduhan dan kritikan yang tidak langsung ada kebenaran. Saya telah dituduh main politik wang, menyalahkan gunakan jawatan Timbalan Menteri, minta ROS batalkan PPP dan macam-macam lagi.

Sehinggakan bertemu ahli-ahli PPP pun telah menjadi satu kesalahan. Namun tuduhan-tuduhan ini langsung tidak berasas dan tidak disokong dengan bukti. Walaupun demikian, saya dan enam lagi ahli telah dipecat yang sememangnya bertentangan dengan Perlembagaan PPP. Beliau terus menghentam saya dan yang tebaru ialah beliau minta saya masuk Tanjong Rambutan kerana saya gila.

Ini bukan satu perkara baru kerana sebelum ini, pemimpin-pemimpin lain dan Presiden parti komponen yang lain seperti Umno, MCA, MIC dan Gerakan pernah menjadi kecaman hebat Datuk M. Kayveas. Jadi siapa lah saya. Saya percaya seorang waras akal fikiran tidak akan memanggil atau menuduh orang lain khususnya seorang Timbalan Menteri sebagai gila apatah lagi secara terbuka.

Maka, rakyat sendiri boleh tentukan bahawa siapa sebenarnya yang tidak waras.

Saya akan terus bersabar dan menjalankan kewajipan saya mengikut peruntukkan undang-undang demi kebaikan ahli-ahli PPP dan juga BN.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan