Dakwaan ganjaran: Aminah tidak gentar tindak balas PKR

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: "Kak Min tidak takut kepada mereka kerana Kak Min berada di pihak yang benar."

Itulah katakata calon Bebas pada pilihan raya kecil Penanti, Aminah Abdullah, merujuk kepada tuntutan Parti Keadilan Rakyat agar beliau menarik balik dakwaannya mengenai tawaran jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang dan wang RM80,000 kepadanya oleh wakil Parti Keadilan Rakyat jika beliau kembali menyertai parti itu jika menang.

Aminah, 58, yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, berkata pendedahan yang dibuatnya itu bukan bertujuan meraih undi tetapi sekadar menyahut cabaran Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, yang memintanya membuktikan dakwaan itu.

"Saya berani buat pendedahan ini kerana menyahut cabaran Zahrain. Ini adalah bukti kepada semua cabaran yang dimintanya, dan Kak Min bukan buat semua ini untuk meraih sokongan atau undi pada pilihan raya ini," katanya kepada pemberita di sini selepas menyerahkan kepada suruhanjaya Pilihan Raya di sini, cakera padat salinan rakaman perbualan antara beliau dan wakil PKR berhubung dakwaan sogokan itu, selain beberapa keping gambar pertemuan itu.

Dalam sidang akhbarnya semalam, Aminah mendakwa PKR menawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I sekiranya beliau menyertai semula parti itu, jika menang pilihan raya itu Ahad ini.

Aminah, yang menggunakan simbol "kunci" pada pilihan raya itu berkata, beliau belum menerima surat daripada PKR yang menuntut beliau memohon maaf serta menarik balik tuduhannya itu terhadap parti berkenaan.

"Kak Min dok tunggu juga tetapi sampai sekarang tak ada pun surat yang dikatakan itu. Kak Min tidak takut kepada mereka kerana Kak Min berada di pihak yang benar," katanya.

Beliau meminta pengundi di Penanti supaya membuka mata dan memilih calon yang betul serta boleh bekerja untuk mereka.

"Menang atau kalah pada pilihan raya ini adalah adat dalam pertandingan tetapi Kak Min berharap siapa yang menang kelak bukan dari pihak yang mengamalkan rasuah," katanya.

Selain Aminah dan calon PKR, Dr Mansor Othman, pilihan raya itu juga melibatkan dua lagi calon Bebas.

Barisan Nasional tidak menyertainya kerana menganggap pengosongan kerusi itu oleh bekas Timbalan Ketua Menteri, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR, sebagai satu mainan politik parti itu bagi menyelesaikan masalah dalamannya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan