Calon PAS bebas berkempen tapi tak boleh guna Harakah

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANDING... Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali (kiri) mengumumkan nama calon-calon yang akan bertanding pada pemilihan parti itu minggu depan.
TANDING... Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali (kiri) mengumumkan nama calon-calon yang akan bertanding pada pemilihan parti itu minggu depan.

KUALA LUMPUR: Calon-calon yang bertanding pemilihan pusat PAS bulan depan boleh berkempen menggunakan apa sahaja media termasuk media arus perdana tetapi dilarang muncul dalam Harakah.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, arahan itu telah dikeluarkan kepada calon-calon yang bertanding kali ini.

"Kalau semua nak keluar dalam Harakah, tak cukup ruang. Lagipun Harakah keluar dua kali seminggu sahaja... mereka tak boleh gunakan Harakah untuk berkempen," kata beliau ketika ditanya sama ada telah dikeluarkan satu arahan khusus atau garis panduan menjelang pemilihan minggu depan.

Malah jelas beliau, pihaknya tidak menyediakan garis panduan berkempen bagi calon-calon yang bertanding.

"Tak ada, tiada garis panduan.... kami mempercayai mereka," katanya.

Pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi sesi 2009-2011 akan diadakan 5 Jun manakala keputusannya dijangka diketahui pagi keesokan hari.

Pemilihan Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama PAS akan diadakan pada 4 Jun.

Kesemuanya 162 orang bertanding pada pemilihan ketiga-tiga sayap itu dan PAS Pusat kali ini - paling tinggi dalam sejarah pemilihan parti itu.

Mustafa yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat berkata, pemilihan kali ini juga menyaksikan beberapa perubahan ketara.

Antaranya, ini kali pertama PAS mengumumkan senarai nama calon yang bertanding kira-kira seminggu lebih awal sebelum pemilihan.

"Ya, ini kali pertama. Sebelum ini nama calon hanya diumumkan pada hari pemilihan," kata beliau sambil mengakui ini kali pertama begitu ramai calon bertanding pada pemilihan melibatkan semua peringkat.

Malah katanya, ini kali pertama seramai lapan calon wanita bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat kali ini.

Mereka terdiri daripada Aiman Athirah al-Jundi, Azizah Khatib Mat, Dr. Halimah Ali, Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali, Mariam Abdul Rashid, Mumtaz Md. Nawi, Dr. Siti Mariah Mahmud dan Wan Hasrina Wan Hassan.

Di peringkat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, jawatan Presiden telah dimenangi tanpa bertanding oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang manakala Timbalan Presiden menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang jawatan Nasharudin Mat Isa, Datuk Paduka Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Husam dan Mohamad merupakan Naib Presiden.

Dalam pada itu, jawatan Naib Presiden ditandingi Datuk Mahfuz Omar, Dr. Mujahid Yusof Rawa, Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah, Salahuddin Ayub (kini Ketua Pemuda PAS) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kata Mustafa, kelima-lima mereka merupakan muka baru memandangkan tiga Naib Presiden semasa tidak mempertahankan jawatan masing-masing termasuk dua bertanding jawatan Timbalan Presiden.

PEMILIHAN PAS: SENARAI CALON JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT

PEMILIHAN PAS: SENARAI CALON JAWATAN DEWAN MUSLIMAT

PEMILIHAN PAS: SENARAI CALON JAWATAN DEWAN ULAMA

PEMILIHAN PAS: SENARAI CALON JAWATAN DEWAN PEMUDA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan