Timbalan Presiden PAS: Husam cabar Nasharuddin, saingan 3 penjuru

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa akan mencabar Nasharuddin Mat Isa merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu minggu depan.

Keputusan beliau itu membuka kepada persaingan tiga penjuru.

"Saya buat keputusan muktamad pagi tadi... aya dah serahkan borang terima pencalonan sebentar tadi," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Urusan penerimaan pencalonan pemilihan PAS ditutup hari ini.

Lima orang dicalonkan bertanding jawatan Timbalan Presiden. Husam dan Nasharuddin sudah sahkan dan dua yang lain menolak untuk bertanding.

Seorang lagi Naib Presiden, Mohammad Sabu juga dikatakan akan merebut jawatan itu.

Nasharuddin, Timbalan Presiden PAS sejak dua penggal, pagi tadi juga mengesahkan kepada mStar Online akan mempertahankan jawatannya buat penggal ketiga.

Husam meletakkan "keperluan" semasa yang dirujuk kepada perkembangan politik dalaman parti itu dan nasional termasuk usaha sesetengah pihak yang mahu bekerjasama dengan Umno sebagai asas turun gelanggang pemilihan Timbalan Presiden kali ini.

Beliau dari awal menentang sebarang kerjasama dengan Umno, yang menurutnya selari dengan keputusan Muktamar PAS tahun lalu.

Ditanya sama ada tindakan beliau melawan Nasharuddin akan menjejaskan perpaduan dalam PAS, Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, beliau tidak mencabar Nasharuddin.

"Saya cuma tawar diri (bertanding)," kata beliau dengan diiringi senyuman.

Malah katanya, PAS pernah menyaksikan persaingan tiga penjuru bagi jawatan Timbalan Presiden termasuk pada tahun 2003 tetapi tidak pernah berpecah.

Husam memberitahu beliau telah memaklumkan pendiriannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi dan akan berbuat demikian apabila menemui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tengah hari ini.

Sama ada tindakannya itu bermakna Nasharuddin tidak mampu lagi menyandang kerusi itu, Husam memberitahu, "Nasharuddin seorang pemimpin yang lebih baik daripada saya dan sebab itu saya menyokong beliau selama dua penggal yang lalu."

Bagaimanapun kata beliau, amanah yang diberikan oleh ahli akar umbi dan pemimpin parti yang lain "mengatasi personaliti."

Nasharuddin dilihat sebagai terlalu liberal kepada usaha kerjasama dengan Umno, dan Husam menegaskan, PAS perlu meneruskan pendirian "tengah" dalam perjuangannya.

Sehubungan itu, Husam juga menekankan, beliau tidak akan berganjak daripada keputusan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden walaupun jika ada usaha berkompromi kelak.

"Saya seorang yang konservatif dan apabila sudah membuat keputusan, tidak akan mengubah keputusan," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan