Penanti: Aminah dakwa PKR tawar RM80,000 ganjaran tarik diri

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DEDAH BUKTI... Calon Bebas, Aminah Abdullah mendedahkan bukti dalam bentuk rakaman audio kepada wartawan mengenai ganjaran RM80,000 oleh PKR. Foto THE STAR Oleh: ASRI ABDUL GHANI
DEDAH BUKTI... Calon Bebas, Aminah Abdullah mendedahkan bukti dalam bentuk rakaman audio kepada wartawan mengenai ganjaran RM80,000 oleh PKR. Foto THE STAR Oleh: ASRI ABDUL GHANI

BUKIT MERTAJAM: Calon Bebas, Aminah Abdullah mendedahkan beliau ditawarkan ganjaran RM80,000 oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Selain daripada tawaran ganti rugi wang perbelanjaan bagi kegunaan pilihan raya, PKR juga menjanjikan untuk membayar kembali wang deposit sebanyak RM5,000 kepadanya.

"Mereka tawarkan RM80,000 dan janji nak bayar balik wang deposit kepada Kak Min (Amninah)," katanya pada sidang media di bilik gerakannya di Simpang Tiga Kubang Ulu di sini hari ini.

Menurut Aminah pada 13 Mei lalu, beliau didatangi oleh dua orang wakil PKR iaitu Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang dan seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Pusat bagi membincangkan mengenai tawaran tersebut.

Malah Aminah juga mendakwa kehadiran dua wakil tersebut mendapat restu daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Jelasnya selain tawaran agar beliau menarik diri, wakil tersebut juga memberikan tawaran alternatif kepadanya iaitu berupa jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Yang Dipertua Majlis (YDP) Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sekiranya beliau menang pada pilihan raya kecil DUN Penanti.

"Kak Min juga ditawarkan jawatan TKM 1 dan YDP MPPP tapi dengan syarat selepas menang Kak Min sertai semula PKR," katanya.

Menerusi sidang media itu Aminah turut mengedarkan salinan rakaman perbualan selama lebih tiga jam antara beliau dan dua wakil PKR tersebut yang dirakam secara rahsia sebagai bukti kepada pihak media.

"Cakera padat ini tidak akan berbohong kepada rakyat Penanti dan juga rakyat Malaysia, ia merekodkan semua perbualan kami dan dalam perbincangan itu juga mereka menceritakan tentang masalah dalaman PKR," katanya.

Menurut Aminah, beliau akan membuat laporan dan mengemukakan bukti berhubung tawaran tersebut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok untuk tindakan susulan.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini beliau tidak bercadang untuk mengemukakan pendedahan ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kak Min nak bagi dulu kepada SPR biar mereka buat keputusan kerana mereka bertanggungjawab dalam soal pilihan raya ini.

"Laporan kepada SPRM kemudianlah... sekarang kita pergi kepada SPR dulu, tengok dula apa tindakan yang akan diambil," katanya yang akan mengemukan beberapa bukti termasuk rakaman perbualan dan juga foto yang dirakamkan sewaktu pertemuan tersebut.

Aminah yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang berkata, selepas pertemuan pertama, beliau didatangi sekali lagi oleh wakil PKR bagi mendapatkan maklum balas berhubung tawaran yang diberikan pada pertemuan pertama.

"Selepas itu mereka ada datang lagi, kali ini bukan di rumah.

"Tujuan kali kedua ialah untuk tanya pendirian Kak Min, kali ini pun kita rakam juga perbualan," katanya yang enggan mendedahkan dengan lebih lanjut berhubung pertemuan kedua tersebut.

Bagaimanapun Aminah berkata, beliau tidak menerima tawaran yang diberikan kerana baginya maruah dan harga diri tidak boleh dibeli.

"Kak Min ada maruah dan harga diri yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit," katanya.

Ditanya mengapa beliau tidak mendedahkan perkara tersebut pada hari penamaan calon pada Sabtu lalu dan mengemukakan bantahan terhadap calon PKR, Aminah berkata pada permulaannya beliau tidak bercadang untuk mendedahkan mengenai tawaran tersebut.

"Kak Min tak berniat nak dedahkan sebenarnya, tapi selepas Datuk Zahrain (Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim) mencabar Kak Min supaya kemukakan bukti... baru Kak Min nak kemukakan.

"Lagi pun Kak Min tak mau menang pecuma kalau pencalonan mereka (PKR) terbatal," katanya.

Ditanya sama ada beliau ada menerima sebarang ugutan ekoran pendedahannya itu, Aminah berkata buat masa ini perkara seumpama itu masih belum berlaku.

"Belum lagi ada ugutan apa-apa tapi Kak Min harap sangat tak berlakulah," katanya.

Aminah juga berkata beliau akan membuat laporan polis mengenai pendedahannya ini bagi tujuan keselamatan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan