PAS: Mogok lapar tidak salah, bukan hina mahkamah

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa berkata, tindakan mogok lapar anjuran Pakatan Rakyat Perak selama tiga hari bermula esok tidak salah, malah tidak bertentangan dengan agama selagi ia "tidak membawa kepada kematian."

Menurut Husam, terdapat pelbagai cara untuk melahirkan protes berhubung sesuatu perkara, dan mogok lapar atau berpuasa merupakan salah satu daripadanya yang diamalkan oleh banyak pihak.

"Pakai baju hitam pun salah, pakai baju kuning pun salah, pakai baju merah pun salah dan pakai baju hijau pun salah... sekarang berpuasa, mogok lapar pun salah," kata beliau ketika ditemui di Ibu Pejabat PAS pagi ini.

Jelas beliau, umat Islam yang berpuasa wajib berbuka sebagaimana dikehendaki oleh agama Islam.

"Ini trend untuk menyatakan protes (berhubung sesuatu isu)," kata beliau lagi.

Gabungan parti pembangkang di Perak akan mengadakan mogok lapar selama tiga hari mulai esok sebagai manifestasi untuk mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagai penyelesaian krisis politik negeri itu.

Kelmarin, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, kempen mogok lapar selama 72 jam itu akan bermula sebaik dirasmikan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama bekas Speaker DUN Perak V. Sivakumar.

Dalam pada itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang pula berkata, langkah tersebut tidak boleh dilihat sebagai "perbuatan menghina mahkamah."

"Kami sebenarnya telah merancang lebih awal sebelum keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu, jadi tak timbul soal hina mahkamah," katanya.

Katanya, mogok lapar tidak melibatkan umat Islam yang hanya berpuasa ikut lunas agama.

Sebaliknya, beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, pemimpin Islam Pakatan Rakyat hanya berpuasa selama tiga hari mulai esok sempena kedatangan bulan Jamadilakhir.

Lazimnya umat Islam akan berpuasa pada hari pertama bulan baru selain pada Isnin dan Khamis, katanya.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya akan berpuasa selama tiga hari mulai esok. "Jadi pemimpin beragama Islam dalam Pakatan Perak akan berpuasa selama tiga hari mulai esok dan sebagai semangat setiakawan, pemimpin bukan Islam akan mengadakan mogok lapar selama tiga hari," katanya.

Jelas beliau, pemimpin Islam Pakatan akan berbuka puasa seperti lazimnya apabila tiba masa untuk berbuat demikian. Majlis berbuka puasa akan diadakan di pejabat PAS Perak, Ipoh esok.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan