Ketua Pemuda PPP digantung jawatan

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP), R. Ellan Govan digantung daripada jawatannya, demikian diumumkan Presiden parti Datuk Dr. M Kayveas semalam.

Beliau berkata, timbalan ketua pemuda parti Jamaludin Ghulamhan akan mengambil alih tugas-tugas Ketua Pemuda sehingga satu tarikh dimaklumkan kelak. Kayveas mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar pada perhimpunan agung PPP Johor di sini.

"Beliau perlu dilantik menjadi presiden tetapi bagaimana itu boleh berlaku jika 600 anggota PPP berada di sini,? soal beliau.

Katanya Murugiah "tidak boleh menghimpunkan sebahagian rakan-rakannya, berdiri di atas pentas dan mengisytiharkan diri sendiri sebagi presiden baru."

Terdahalu, semasa bercakap pada satu sidang akhbar Kayveas berkata mereka yang menghadiri perhimpunan di Putrajaya akan dikenakan tindakan tegas.

"Kami akan mengenal pasti siapa daripada kalangan anggota PPP yang menghadiri perhimpunan itu, mengapa mereka berada di sana dan jika mereka didapati melanggar disiplin parti, kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka," katanya.

Beliau berkata Murugiah tidak mempunyai hak untuk mengadakan perhimpunan seumpamanya kerana beliau telah dipecat daripada parti.

Kayveas kemudiannya dimaklumkan bahawa Ellan Govan menghadiri perhimpunan di Putrajaya dan mengarahkan Ketua Pemuda itu digantung jawatan. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan