Isu Chin Peng: Persatuan Bekas Komando sifatkan Gerakan 'buta sejarah'

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Persatuan Bekas Komando Negeri Johor menyifatkan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Dr Teng Hock Nan sebagai "buta sejarah" berikutan saranannya agar kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kembali ke negara ini.

Penasihatnya Datuk Abdul Aziz Sapian berkata, PKM pimpinan Chin Peng itu bertanggungjawab terhadap ribuan kematian dan kecederaan yang dialami sama ada oleh anggota pasukan keselamatan serta orang awam.

"Tangannya (Chin Peng) itu diselaputi oleh darah anggota pasukan keselamatan dan orang awam yang menjadi mangsa kepada kekejaman perjuangan Parti Komunis Malaya yang dipimpin oleh Chin Peng.

"Adakah parti Gerakan Pulau Pinang itu sengaja membutakan dirinya kepada fakta sejarah sematamata untuk kepentingan peribadi dan politik," katanya kepada Bernama hari ini.

Abdul Aziz yang juga merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya berkata, ramai di kalangan anggota persatuannya masih menanggung kecederaan yang dialami ketika bertempur dengan anggota PKM.

Parti Gerakan Pulau Pinang itu menurut beliau, sepatutnya lebih sensitif terhadap perasaan ribuan keluarga anggota pasukan keselamatan dan orang awam yang menjadi mangsa kepada PKM.

Persatuan katanya, juga bersedia mempelawa Dr Teng berjumpa dengan balubalu anggota pasukan keselamatan terutamanya daripada pasukan komando yang terkorban akibat tindakan ganas anggota PKM.

Sehubungan dengan itu kata beliau, persatuan menentang keras sebarang cubaan daripada manamana pihak untuk membawa balik Chin Peng yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa walaupun di atas dasar kemanusiaan.

"Pengkhianat bangsa itu (Chin Peng) tidak mempunyai tempat walau seinci pun di negara ini," kata Abdul Aziz yang pernah terlibat di dalam operasioperasi memerangi pengganas komunis ketika bertugas sebagai anggota komando. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan