Gelaran 'Menteri Besar Mahkamah' patut diberi kepada Nizar, kata Zambry

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini berkata gelaran "Menteri Besar Mahkamah' patut diberikan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah.

Beliau berkata oleh kerana proses mahkamah itu dimulakan oleh Mohammad Nizar, sewajarnyanya gelaran itu diberikan kepada bekas menteri besar Perak itu dan bukan dirinya.

"Jadi proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum.

"Jadi saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu," kata Zambry kepada pemberita di sini hari ini semasa diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu Sabtu lepas bahawa beliau adalah "Menteri Besar Mahkamah" dan tidak mewakili seluruh rakyat Perak.

Terdahulu Zambry mengadakan perjumpaan dengan dua orang perenang Selat Inggeris, Zahra Ma'soumah dan Salman Ali Shariati Abdul Halim di pejabatnya di sini.

Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah dalam satu keputusan sebulat suara selepas mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah.

Sementara itu, Zambry menolak kemungkinan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pimpinannya akan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri itu.

"Sekarang ini kita berpandukan kepada apa yang telahpun diputuskan oleh mahkamah. Meskipun kita mempunyai peruntukan-peruntukan yang diberikan tetapi proses yang berlaku sekarang ini ialah proses perundangan.

"Jadi biarlah proses perundangan itu mengambil tempatnya dan kita mengharapkan semuanya akan berjalan seperti biasa," katanya mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa langkah itu merupakan pilihan terbuka kepada BN tetapi tidak semestinya ia satusatunya jalan menentukan kerajaan mana ada suara majoriti.

Menteri Besar juga mengumumkan kerajaan negeri akan menyumbang RM30,000 bagi menampung kos perjalanan Zahra Ma'soumah, 18, dan Salman Ali Shariati, 12, yang akan berenang merentasi Selat Inggeris pada awal Julai ini serta anggota pengiring projek renangan berkenaan.

Beliau berkata sumbangan tersebut adalah sebagai tanda komitmen dan sokongan kerajaan negeri terhadap usaha dua anak Perak tersebut yang telahpun mencatatkan beberapa kejayaan dalam bidang renangan sebelum ini.

Kedua beradik tersebut sebelum ini berenang dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis sejauh 43 km pada 2007 dan dari Pulau Pangkor ke Lumut sejauh 8.9 km pada 2006.

Salman Ali merupakan pelajar Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan Anglo Chinese di sini manakala bekas pelajar Sekolah Menengah Convent Ipoh, Zahra Ma'soumah akan melanjutkan pelajarannya dalam bidang Sains Sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Julai ini.

Bapa mereka Abdul Halim Abdul Manaf, 49, seorang pensyarah di UiTM Seri Iskandar dekat sini meramalkan renangan Selat Inggeris dari Dover, England ke Calais, Perancis sejauh 38 km dan dalam keadaan cuaca sejuk itu akan mengambil masa 14 jam. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan