Polis periksa pejabat DAP kumpul bukti risalah hasutan

Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah melakukan pemeriksaan di Ibu Pejabat DAP di Seksyen 20/9 Petaling Jaya petang semalam dan mengambil beberapa bahan bukti termasuk komputer dan perisian yang disyaki digunakan untuk menerbitkan risalah yang mengandungi unsur hasutan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hasan berkata pihaknya telah membawa salah seorang daripada 16 orang yang ditahan kerana mengadakan perhimpunan haram Khamis lepas untuk membantu dalam pemeriksaan selama sejam itu.

Katanya selain lelaki itu, seorang ahli DAP, bersama peguamnya Gobind Singh Deo, yang juga Ahli Parlimen Puchong, beberapa ahli DAP lain turut berada di pejabat itu semasa polis tiba pada pukul 4 petang tadi.

Lelaki itu adalah antara 16 orang yang ditahan reman selama dua hari sejak semalam kerana mengadakan perhimpunan haram di hadapan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Teratai di Ampang.

Polis turut menemui lebihan risalah yang berbau hasutan yang diedarkan semasa perhimpunan itu di pejabat tersebut, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan