PAS juga tidak mahu elaun Khir Toyo digantung

Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS, komponen Pakatan Rakyat turut berharap Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak menggantung elaun wakil rakyat Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo, sebaliknya memadai jika bekas Menteri Besar itu digantung 12 bulan.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd. Shahir berkata, DUN Selangor tidak harus bertindak zalim terhadap beliau.

Justeru katanya, DUN Selangor perlu menyemak semula cadangan tersebut.

"Dari segi prinsipnya saya bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Selangor yang akan mencadangkan agar menggantung keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sg. Panjang, Dr. Khir Toyo selama 12 bulan kerana gagal menghadirkan diri pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Mac lalu.

"Begitu juga cadangan hukuman terhadap empat orang ADUN BN yang lain kerana mengeluarkan kenyataan menyentuh integriti Selcat yang ditubuhkan oleh DUN Selangor.

"Walau bagaimanapun saya bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa menggantung elaun mereka berlima ini selama tempoh hukuman itu adalah keterlaluan dan akan menjejaskan peranan mereka sebagai ADUN yang dipilih oleh rakyat," kata beliau dalam kenyataannya hari ini.

Tambah beliau, meskipun berbeza fahaman politik "saya merasakan yang rakyat berhak diwakili oleh ADUN pilihan mereka jika pun tidak sampai ke peringkat menyertai sidang dewan."

Katanya lagi, semasa BN memerintah ADUN Sg. Pinang, Teng Chang Khim yang kini Speaker DUN, pernah digantung selama 30 bulan iaitu hukuman paling keras dalam sejarah badan legislatif di Komanwel termasuklah penggantungan elaun selama 18 bulan.

"Ketika itu PAS Selangor telah berkempen menentang tindakan melampau DUN yang didominasi oleh BN itu. Dan isu yang paling kuat ditentang adalah menggantung elaun Teng ketika itu.

"Dalam hal ini, kerajaan Pakatan Rakyat perlu dilihat lebih adil dan tidak zalim dan tiada peri kemanusiaan sebagaimana kerajaan BN dahulu.

"Jika Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN mendapati kelima-lima mereka bersalah, mereka wajar dihukum akan tetapi tidaklah sehingga mereka dinafikan dari elaun mereka," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan