Nizar akhirnya serahkan Toyota Camry

Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menyerahkan kenderaan rasmi Menteri Besar, Toyota Camry, nombor pendaftaran AGS 10 kepada kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Pembantu Khas Mohammad Nizar, Amran Harun berkata, Mohammad Nizar menyerahkan kunci kereta itu kepada pengawal keselamatan yang bertugas di bangunan itu pada kira-kira 8 pagi berikutan hari ini adalah cuti hujung minggu untuk kakitangan kerajaan.

Mohammad Nizar sudah memaklumkan kepada pegawai kerajaan negeri yang bertanggungjawab berhubung pemulangan kenderaan rasmi itu, kata Amran kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Ketika ditemui pemberita selepas Konvensyen PAS Perak Ke13 di Teluk Intan, di sini hari ini, Mohammad Nizar berkata, beliau mengambil tindakan itu selepas menerima surat daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri petang Jumaat lepas yang memintanya memulangkan kenderaan itu serta-merta.

Sementara itu, Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, anggota parti pakatan pembangkang yang beragama Islam telah diarahkan berpuasa sunat mulai Selasa ini serentak dengan tindakan mogok lapar yang akan dilakukan oleh anggota bukan Islam dalam gabungan parti pembangkang.

Katanya, tindakan itu adalah sebagai manifestasi untuk mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai penyelesaian kemelut politik Perak. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan