DUN Manek Urai: BN wajar tanding, kata Nik Aziz

Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak pernah ketandusan calon untuk diletakkan dalam mana-mana pilihan raya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS mempunyai ramai calon yang berkelayakan untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

“Calon sudah ada, ramai, tua muda semuanya ada dan layak, PAS tidak pernah ketandusan calon terbaik.

"Insya-Allah, kita akan letakkan calon tempatan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di markas PAS Taman Melewar, Gombak dekat sini, semalam.

Pilihan raya kecil DUN Malek Urai, Kelantan akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob awal pagi Jumaat lalu.

Ditanya mengenai Barisan Nasional (BN) yang akan meletakkan calon di Manek Urai, Nik Aziz menyambut baik keputusan itu kerana katanya, sebagai sebuah parti politik yang sah, BN sememangnya harus bertanding.

"Bila BN tidak mahu bertanding tempoh hari (di Penanti), dia telah menjadi taraf parti Bebas.

"Kalau sebagai sebuah parti politik yang sah, dia akan bertanding dengan cara mana sekali pun," katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, PAS mengamalkan sikap terbuka untuk membenarkan kaum Cina dan India memegang jawatan Menteri Besar Kelantan dengan syarat mereka harus beragama Islam, warak dan berkelayakan.

"Islam tidak gunakan bangsa sebagai sesuatu yang ditonjolkan.

"Walaupun Kelantan majoritinya Melayu tapi kalau Cina Muslim, India Muslim, belajar Islam di universiti dan luar negeri, saya sanggup berkempen di kalangan masyarakat Kelantan lantik dia jadi Menteri Besar.

"Umno sebut ketuanan Melayu, kita sebut ketuanan Islam," katanya.

Katanya, jika Umno ingin bekerjasama dengan PAS, mereka perlu menukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam.

Berhubung pemilihan parti pada Muktamar PAS Ke-55 bulan depan, Nik Aziz berkata, beliau percaya perwakilan akan membuat pilihan yang tepat.

Beliau melahirkan sokongan kepada calon-calon yang mahu bertanding kerana mahu membantu dan menyayangi parti, bukan yang sengaja bertanding untuk mencetuskan gangguan.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan