226 kes disyaki Influenza A (H1N1) di seluruh negara

Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bilik Pusat Kesiapsiagaan Krisis dan Bertindak Cepat (CPRC) Kementerian Kesihatan pada keseluruhannya menerima notifikasi 226 kes disyaki Influenza A (H1N1) dari seluruh negara, setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata Malaysia masih kekal dengan dua kes yang disahkan positif Influenza A (H1N1) pada 15 dan 16 Mei lalu manakala 224 kes lagi disahkan bebas daripada jangkitan penyakit itu.

"Bilik CPRC juga menerima 16 notifikasi kes yang dimasukkan ke wad isolasi di lima buah hospital rujukan Influenza A (H1N1) bagi tujuan penyiasatan iaitu 12 di Hospital Sungai Buloh, Selangor, masing-masing satu di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Melaka, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan Hospital Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua 16 kes itu disahkan bebas daripada jangkitan Influenza A (H1N1) oleh ujian makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Menurutnya, sehingga hari ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan dua lagi negara melaporkan secara rasmi kewujudan Influenza A (H1N1) iaitu Honduras dan Russia masing-masing dengan satu kes, menjadikan jumlah negara yang terlibat kini 44.

"Kumulatif kes Influenza A (H1N1) adalah sebanyak 12,149 yang disahkan positif oleh ujian makmal iaitu peningkatan 156 kes berbanding hari sebelumnya," katanya dan menurutnya bagaimanapun jumlah kematian kekal 86 orang.

Dr Mohd Ismail berkata peningkatan itu dilaporkan di 11 buah negara iaitu Australia (dua), Brazil (satu), Kanada (86), Chile (lima), Costa Rica (enam), Itali (lima), Japan (27), Panama (tiga), China (tiga), Hong Kong (dua), Taiwan (satu), Peru (11) dan United Kingdom (lima).

Beliau berkata sehingga hari ini, seramai 18,052 individu yang tiba dari negara terbabit telah disaring dengan sebanyak tiga kes dirujuk ke hospital rujukan untuk pemeriksaan lanjut.

Setakat ini, katanya tiada kes penyebaran tempatan berlaku di Malaysia, bagaimanapun orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengambil perhatian serius terhadap situasi semasa penyakit itu. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan