Politik wang di PAS: Nik Aziz alu-alukan SPRM siasat dakwaan

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengalu-alukan jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan wujudnya politik wang menjelang pemilihan parti itu bulan depan.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau mengalu-alukan tindakan tersebut supaya ahli-ahli PAS "beringat dan berhati-hati."

"Sila, sila... saya buka pintu 24 jam. Dari segi keselamatan kalbu kita, perlu ada keterbukaan.

"Orang beringat, barulah orang ini berhati-hati. Kalau tutup sana sini, orang jadi muak dan tiada rasa penyesalan.

"Dalam parti sendiri saya sokong ada pertandingan," katanya selepas merasmikan Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di markas PAS Taman Melewar, Gombak di sini, hari ini.

Sebelum ini Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menegaskan parti itu bebas rasuah.

"SPRM bebas untuk masuk campur dalam hal ini dan kita sedia untuk disiasat, PAS tidak takut dan kita tidak menyembunyikan sesuatu," katanya.

Isu politik wang menjadi perhatian ekoran kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamed Daud Iraqi sebelum ini yang mendakwa wujudnya budaya tersebut dalam parti itu menjelang muktamar tahunan.

Malah awal minggu ini, Daud dipanggil oleh Jawatankuasa Harian PAS pusat supaya memberi penjelasan berhubung kenyataannya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan