PERKEMBANGAN PENAMAAN CALON PENANTI

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DITOLAK...  Mohd. Saberi Othman (dua, kiri) melambai tangan sebaik tiba di perkarangan Pusat Penamaan Calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) hari ini. Beliau bagaimanapun tidak bertanding dalam pilihan raya itu kerana borangnya ditolak. -- fotoBERNAMA
DITOLAK... Mohd. Saberi Othman (dua, kiri) melambai tangan sebaik tiba di perkarangan Pusat Penamaan Calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) hari ini. Beliau bagaimanapun tidak bertanding dalam pilihan raya itu kerana borangnya ditolak. -- fotoBERNAMA

BERIKUT perkembangan proses penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang hari ini:

12 tengah hari: Kempen pilihan raya kecil bermula secara rasmi.

11.50 pagi: SPR umumkan hanya empat calon yang layak bertanding manakala satu pencalonan ditolak iaitu Mohd Saberi Othman.

11.05 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengumumkan sesi bantahan penamaan calon sudah berakhir. Pengumuman tentang status calon layak bertanding bila-bila masa dari sekarang.

10.45 pagi: Nama yang dipamerkan menunjukkan mereka yang telah mengemukakn borang penamaan calon ialah Nai Khan Ari, 41; Kamarul Ramizu Idris, 42; Mohd. Saberi Othman, 49; Aminah Abdullah, 57, dan Mansor Othman, 59.

10.30 pagi: Suasana masih terkawal, jumlah penyokong yang hadir masih sama. Di luar pusat penamaan calon, IKBN, Wanita PKR melancarkan pasukan pilihan raya Wanita PKR, oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

10.05 pagi: Sesi kemukakan bantahan sedang berlangsung. Kesemua calon yang mengemukakan borang berada dalam dewan penamaan calon.

10.05 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya mengumumkan sesi kemukakan borang penamaan calon ditutup. Lima orang termasuk Mansor dari Pakatan telah memfailkan borang masing-masing.

9.30 pagi: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin parti itu memasuki kawasan pusat penamaan calon di IKBN.

9.20 pagi: Kamarul memasuki Dewan IKBN.

9.15 pagi: Calon Bebas, Kamarul Ramizu yang merupakan bekas calon pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang tiba di pusat penamaan calon.

9.10 pagi: Calon Bebas, Mohd Saberi Othman tiba dan memasuki Dewan IKBN.

9 pagi: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan proses penamaan calon dibuka. Mansor dan Aminah memasuki Dewan IKBN.

8.55 pagi: Mansor memasuki pekarangan IKBN diiringi Anwar dan pemimpin-pemimpin Pakatan termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Tian Chua, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Mohamad Sabu.

8.50 pagi: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

8.45 pagi: Kira-kira 1,000 penyokong Pakatan hadir mengiringi Mansor.

8.20 pagi: Calon Bebas, Nair Khan Ari tiba di pusat penamaan calon.

8 pagi: Suasana terkawal dan lengang. Pihak polis ditempatkan beagi mengawal keadaan sekitar IKBN.

7.45 pagi: Calon Parti Keadilan Rakytat (PKR), Mansor Othman tiba di pusat penamaan calon. Beliau masih menunggu kehadiran penyokong parti lain dari jarak 300 meter dari kawasan penamaan.

7.40 pagi: Calon Bebas, Aminah Abdullah tiba di pusat penamaan calon di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam bersama suami dan tiga anaknya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan