Kereta ADUN Bakar Bata dicuri, 'dibogelkan'

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HILANG...  Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah (kanan) memeriksa kereta Proton Waja miliknya yang 'dibogelkan' selepas dicuri empat hari yang lalu. - foto The Star oleh G.C. TAN
HILANG... Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah (kanan) memeriksa kereta Proton Waja miliknya yang 'dibogelkan' selepas dicuri empat hari yang lalu. - foto The Star oleh G.C. TAN

ALOR SETAR: Kereta miliknya yang hilang awal minggu ini berjaya dikesan oleh polis hari ini, tetapi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah terkejut apabila mendapati kereta Proton Waja itu 'dibogelkan'.

Kereta Ahmad Bashah telah dicuri dari kawasan rumahnya empat hari lalu.

Apabila kereta itu ditemui hari ini hanya tinggal rangka bersama empat tayar dan enjin manakala hampir kesemua bahagian lain hilang sama sekali.

Ahmad Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah memberitahu, beliau telah membuat laporan polis tentang kehilangan keretanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar pada 9 pagi Selasa lalu.

Melihat pada keadaan kenderaannya hari ini, beliau percaya kereta tersebut telah dicuri oleh penagih dadah.

"Saya biasanya meletakkan kereta ini di luar banglo saya di Taman Rakyat Mergong sejak ia dibeli tiga tahun lalu, tetapi ini kali pertama ia dicuri," kata beliau selepas memeriksa Proton Waja itu berhampiran sekolah Cina di Jalan Putra di sini hari ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan