Hubungan Malaysia, Singapura boleh berkembang - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura boleh berkembang dengan baik jika ia dapat dipupuk dan dipelihara seperti menanam pokok orkid, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata, hubungan antara kedua buah negara itu boleh menjadi seperti hibrid pokok orkid yang cantik yang dinamakan sempena nama beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, "Dendrobium Najib Rosmah", sempena lawatan imereka ke Taman Orkid Nasionaldi Taman Botani Singapura di sini semalam.

Perdana Menteri membuat perbandingan hubungan antara kedua buah negara berjiran itu semasa berucap pada majlis bankuet rasmi yang dihoskan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong sempena lawatan rasmi dua harinya ke republik itu di Istana malam tadi.

Najib berkata, beliau berpendapat bahawa kecantikan orkid lebih daripada itu bahawa "kecantikannya melambangkan mengenai hubungan itu yang jika ia dipupuk dan jika dipelihara, ia boleh berkembang menjadi sesuatu yang cantik seperti orkid".

Menyifatkan diri beliau sebagai "a new kid around the block", Perdana Menteri berkata kedua buah negara itu perlu memulakan hubungan mereka pada suatu permulaan yang positif memandangkan hubungan mereka merupakan sesuatu yang amat penting.

"Suatu hubungan itu tidak boleh diumpamakan sebagai menaiki roller coaster," kata Najib sambil menambah bahawa kedua buah negara telah melalui pelbagai fasa dan "saya tidak fikir kita mahu menuruni laluan itu semula".

Perdana Menteri berkata, Malaysia dan Singapura mahu bergerak ke depan, melihat ke depan dan ingin melihat apa kedua buah negara itu boleh lakukan jika mereka samasama berkongsi akal fikiran mereka.

Najib berkata, beliau dan Lee, kedua-duanya masih muda dan merupakan generasi muda dan bukan sebahagian daripada generasi terdahulu dan oleh itu mereka tidak perlu dibebani dengan sejarah.

"Kita perlu cukup berani, lebih berimaginasi dan bersemangat untuk mewakili sebuah generasi rakyat Malaysia dan Singapura yang mahukan sebuah hubungan yang kukuh, produktif dan yang bertahan lama," kata Najib.

Najib berkata, untuk membolehkan kedua-dua negara itu bekerjasama, para pemimpinnya perlu berkeyakinan, percaya dan selesa antara sesama mereka.

Najib berkata, idea Lee supaya kedua-dua mereka berjumpa secara tetap, para menteri mereka kunjung mengunjung antara satu sama lain bukan semestinya melalui kapasiti rasmi "seperti melalui permainan golf, kita duduk bersama menikmati sepinggan nasi kandar dan mengakhirinya dengan hidangan durian", boleh membantu ke arah mencapai matlamat itu.

Perdana Menteri berkata, semua itu merupakan beberapa contoh bagi melahirkan lebih banyak sikap relaks yang ada antara kedua belah pihak dan ia merupakan satu permulaan yang baik bagi satu era baru berhubung hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

"Saya harap kita akan dapat membina hubungan ke arah itu sama seperti pokok orkid dan ia patut menjadi lambang kepada suburnya sikap percaya dan yakinan antara kedua buah negara," kata Najib. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan