DUN Penanti: 5 failkan borang, penamaan calon tak meriah

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYOKONG Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat yang mengiringi calon PKR di pekarangan pusat penamaan calon di IKBN, Bukit Mertajam.
PENYOKONG Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat yang mengiringi calon PKR di pekarangan pusat penamaan calon di IKBN, Bukit Mertajam.

BUKIT MERTAJAM: Proses penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang bermula pukul 9 pagi tadi dalam suasana "tidak semeriah" berbanding lima pilihan raya kecil sebelum ini.

Sehingga pukul 10 pagi tadi iaitu apabila sesi mengemukakan borang penamaan calon ditutup, lima orang telah mengemukakan borang penamaan calon.

Mereka terdiri daripada Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman, 56, dan empat calon Bebas iaitu Aminah Abdullah, 56, Mohd. Saberi Othman, 49; NaiKhan Ari, 41; dan Kamarul Ramizu Idris, 42.

Sesi penamaan calon dibuka tepat pukul 9 pagi tadi. Ia berlangsung selama sejam dan diikuti sesi bantahan, juga selama sejam.

Status calon bertanding dijangka boleh diketahui menjelang 11.30 pagi nanti.

Setakat pukul 9.30 pagi tadi empat calon termasuk tiga yang mahu bertanding sebagai calon Bebas telah berada di Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini.

Tinjauan mendapati hanya kira-kira 2,000 penyokong Pakatan Rakyat berada di kawasan pusat penamaan calon setakat ini.

Calon-calon Bebas hanya diiringi penyokong mereka dalam lingkungan 10 hingga 20 orang.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman yang mewakili Pakatan Rakyat merupakan calon yang hadir awal.

Pilihan raya kecil ini diadakan tanpa penyertaan pakatan parti politik utama Barisan Nasional (BN).

Ini merupakan pilihan raya kecil yang keenam sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Malah, ia juga pilihan raya kecil kedua melibatkan bahagian Parlimen Permatang Pauh. Permatang Pauh menyaksikan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Ogos lalu.

Beberapa pemimpin tertinggi PKR dan PAS turut berada di kawasan penamaan calon bagi memberikan sokongan.

Antara yang hadir ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin; Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man; Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim.

BERITA TERDAHULU

Penamaan calon pilihan raya kecil Penanti pagi ini

BUKIT MERTAJAM: Penamaan calon pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti diadakan pagi ini, dipercayai bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru tanpa kehadiran Barisan Nasional (BN).

Ia berdasarkan pada jumlah calon yang menyatakan pendirian masing-masing sebelum ini.

Bagaimanapun semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan lima borang pencalonan telah dikeluarkan.

Proses penamaan calon yang diadakan bermula dari pukul 9 pagi hingga 10 pagi berlangsung di Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman sebagai calon untuk merebut kerusi DUN Penanti.Pada pilihan raya umum 2008, Mansor bertanding di DUN Pulau Betong menentang Muhamad Farid Saad dari BN tetapi tewas dengan majoriti 294 undi.

Selain PKR, calon bebas iaitu bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah turut menyatakan hasrat untuk bertanding.

Manakala Selasa lalu seorang lagi calon bebas iaitu ahli peniagaan, Mohd Saberi Othman turut mengumumkan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya kecil Penanti.

Terbaru semalam, seorang pengurus syarikat, Nai Khan Ari, 41, mengumumkan pendiriannya untuk bertanding sebagai calon bebas.

Bagaimanapun kehangatan dan kemeriahan pilihan raya kecil kali ini kurang dirasakan memandangkan Barisan Nasional (BN) pada Isnin lepas mengumumkan tidak bertanding bagi merebut kerusi berkenaan.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Mohamad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.

Daftar Pemilih yang akan digunakan SPR pada pilihan raya ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) tahun lepas yang dikemas kini sehingga 16 April lalu, yang mengandungi 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain kaum.

MAKLUMAT SEPINTAS LALU

Pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi: Dewan Besar IKBN, Bukit Mertajam

Jumlah pusat mengundi: 9 buah dengan 32 saluran

Jumlah petugas: 242 orang

Jumlah pemilih berdaftar: 15,384 orang (15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos)

Pecahan pengundi mengikut kaum: Melayu (72.68%), Cina (24.22%), India (2.39%) dan lain-lain (0.71%)

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan