Bekas tentera bantah jika Chin Peng dibenar kembali

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Lebih 200,000 bekas tentera tidak bersetuju sekiranya bekas Ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia, kata Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Mohamad Abdul Ghani.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan membenarkan bekas pemimpin parti komunis itu kembali, ini bermakna kerajaan dilihat sudah melupakan keganasan Chin Peng yang membunuh ramai anggota tentera ketika itu.

Beliau turut membayangkan bahawa pemimpin itu merupakan punca yang menjadikan lebih 3,000 anggota tentera cedera dan terbunuh.

"Saya masih ingat darah anggota pasukan keselamatan negara yang tidak berdosa mengalir di bumi sendiri angkara kekejaman komunis membunuh dan mencederakan," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Mohamad berkata, pengalaman menentang komunis sukar dilupakan malah kegiatan musuh negara itu menyebabkan ramai ibu menjadi janda dan anak-anak menjadi yatim piatu.

"Saya bagi seluruh warga tentera dan yang sudah bersara membantah kemasukan semula Chin Peng ke dalam negara sekalipun penjenayah itu sudah tua," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan