UMNO perkenal dua formula tawan semula Kedah

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Umno memperkenalkan dua formula dikenali "SMSS" dan "KBSM" dalam usaha menawan semula kerajaan negeri Kedah pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata formula SMSS bermaksud bekerja "siangmalam subuhsenja" manakala KBSM pula bermaksud menghadiri "kenduri, bersalin, sakit dan mati" di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

"Tidak mustahil Barisan Nasional dapat menawan semula Kedah jika kita mengamalkan dua formula ini," katanya kepada pemberita selepas menemui Jawatankuasa Penerangan Umno negeri di sini hari ini.

Ahmad berkata semua jentera Penerangan Umno perlu mempertingkatkan usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti menerusi dua formula itu. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan