Speaker Kelantan maklum SPR kekosongan DUN Manik Urai, Isnin ini

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan kerusi DUN Manik Urai, Isnin ini.

Beliau berkata laporan itu hanya dapat dibuat Isnin ini kerana hari ini dan esok merupakan cuti umum bagi negeri Kelantan manakala hari Ahad adalah cuti hujung minggu di Kuala Lumpur.

Mohd Nassuruddin berkata demikian kepada pemberita ketika menziarahi jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ismail Yaacob, 60, yang meninggal dunia hari ini.

Jenazah Ismail telah dibawa ke rumahnya di Manik Urai Lama dan jenazahnya disembahyangkan di Masjid Manik Urai Lama dengan diimamkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kira-kira 2,000 orang yang menziarahi dan turut menyembahyangkan jenazah Allahyarham Ismail sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Manik Urai Lama selepas solat Jumaat.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kirakira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung dan beliau dimasukkan ke hospital tersebut untuk menerima rawatan sejak bulan lepas. Allahyarham meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.

Beliau, yang mewakii PAS, mula memenangi DUN Manik Urai pada pilihan raya umum 1985. Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, Allahyarham tidak mempertahankan kerusi tersebut, sebaliknya diwakili oleh Zamzuri Mat Lazim.

Namun Allahyarham Ismail dipilih semula bertanding kerusi DUN berkenaan pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Allahyarham merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS bahagian Kuala Krai.

Manik Urai terletak dalam kawasanParlimen Kuala Krai, yang turut mempunyai DUN Dabung, Guchil dan Mengkembang. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan