Tindakan Majlis Peguam tidak kena - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tindakan Majlis Peguam memberi arahan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dengan memberitahu apa yang harus dibuat atau apa yang tidak perlu dibuat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka, tidak kena tempatnya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khamis.

Beliau berkata Suhakam, sebagai sebuah badan bebas, memiliki bidang kuasa serta pertimbangan sendiri, dan "mereka tidak perlu mana-mana pihak untuk memberitahu mereka apa yang perlu dilakukan".

"Terserah kepada Suhakam untuk mengambil apa jua langkah yang dirasakan perlu sekiranya ia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengkaji apa juga kes yang berkaitan dengan hak asasi manusia," katanya kepada pemberita selepas menemui pemimpin-pemimpin Puteri Umno di sini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas tindakan Majlis Peguam semalam yang menghantar satu memorandum kepada Suhakam berhubung penahanan lima peguam di balai polis Brickfields pada 7 Mei lepas.

Muhyiddin berkata tindakan Majlis Peguam itu tidak menggambarkan kedudukan yang adil dan saksama di pihak mereka dalam sebarang isu, dan menurutnya tindakan mereka itu membuatkan mereka kelihatan sedikit berat sebelah.

"Mereka kelihatan sudah menyokong satu pihak lebih awal sebelum dibawa pandangan mereka itu kepada suruhanjaya," tambahnya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan