Status MB: Mahkamah Rayuan dengar permohonan Nizar hari ini

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pagi ini mula mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan mahkamah itu yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mahkamah mula bersidang pada pukul 9.40 pagi tadi dan kini sedang mendengar hujah daripada peguam kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Datuk Cecil Abraham.

Dr Zambry telah membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei lalu dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga rayuan Dr Zambry terhadap keputusan itu selesai.

Barisan peguam kedua-dua pihak mula memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi tadi.

Mohammad Nizar tiba kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri dan beberapa penyokongnya.

Pasukan polis kelihatan mula melakukan kawalan sejak awal pagi.

Isu perundangan melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat.

Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dr Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Dr Zambry selesai.

Mohammad Nizar keesokannya pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan