Kabinet diberi peluang kaji laporan PKFZ

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Kabinet diberikan peluang untuk mengkaji secara terperinci Semakan Kedudukan Zon Bebas Pelabuhan Klang dan Port Klang Free Zone Sdn Bhd (Laporan PKFZ) yang disediakan oleh PricewaterhouseCoopers.

Laporan itu kali pertama dibincangkan dalam Kabinet pada minggu lepas dan perkara yang sama dibincangkan sekali lagi pada mesyuarat Kabinet semalam, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dalam blognya.

"Saya difahamkan bahawa Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) berjaya menyelesaikan beberapa isu teknikal dengan PwC untuk mengeluarkan laporan itu termasuk isu-isu tanggung rugi," kata beliau mengenai perkembangan terkini isu tersebut yang menarik perhatian orang awam dan media.

Siasatan mengenai hab pindah kapal PKFZ seluas 405 hektar itu dimulakan selepas ia mendedahkan bahawa kos pembangunannya telah melonjak daripada kurang RM2.5 bilion pada asalnya kepada RM4.6 bilion.

"Saya tetap komited kepada dasar ketelusan dan keterbukaan kerana inilah apa yang sepatutnya kerajaan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. rakyat bukan sahaja mempunyai hak untuk mengetahui tetapi perlu diberi jaminan bahawa Kerajaan bertindak demi kepentingan mereka," kata Ong.

Ong menambah beliau yakin anggota Kabinet lain turut berkongsi wawasan dan aspirasi yang sama. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan