Umno Perak laksana KPI yang ditentukan rakyat

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Badan Perhubungan Umno negeri Perak akan mempunyai Indeks Prestasi Utama (KPI) dengan rakyat menjadi penentu keberkesanannya dalam usaha mengembalikan kekukuhan parti itu, kata Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata KPI itu akan menjadi panduan kepada Umno mengenai perkara 'terlepas pandang' yang perlu diperbetulkan serta kedudukan Umno dalam konteks pandangan rakyat.

"KPI yang dimaksudkan itu bukan yang terlalu sukar. Ia adalah perkaraperkara asas yang menjadi perhatian rakyat. Sesetengah perkara itu ada yang kita terlepas pandang. KPI ini untuk memberi yang terbaik kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Beliau berkata KPI yang akan diwujudkan itu bagi memastikan setiap wakil rakyat serta setiap anggota jawatankuasa bahagian daripada Umno turun kepada rakyat untuk bekerja menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi.

"Masalah yang paling besar kita hadapi ialah berhubung permohonan geran tanah. Terdapat beberapa kes di mana generasi kedua dan ketiga masih gagal mendapatkan hak milik. Kes-kes seperti ini adalah tanggungjawab kerajaan untuk diselesaikan," katanya.

Katanya langkah yang dibuat Umno ini bertujuan mengembalikan sokongan majoriti rakyat kepada Umno serta Barisan Nasional (BN) di Perak seperti yang pernah dilakukan oleh BN yang membawa modul kestabilan politik yang sangat baik sejak 52 tahun lepas.

Bagi peringkat kerajaan negeri pula, Zambry berkata prestasi KPI itu akan dipantau oleh sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri yang lebih menumpu kepada aspek penyelesaian masalah dan mempermudahkan setiap proses yang melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.

"Ia termasuk menangani masalah mereka yang dihadapi semalam, ini mungkin perkara yang terpendam terutama dalam perhubungan dengan jabatan kerajaan yang (proses sesuatu perkara) terlalu memakan masa yang panjang. Ia mengurangkan kerenah yang membebankan rakyat," katanya.

Beliau berkata secara tidak langsung KPI berkenaan akan mempercepatkan setiap proses berkenaan yang melibatkan pentadbiran kerajaan negeri seperti permohonan geran tanah, hasil dan bantuan kewangan kerajaan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan