Tiada tindakan dikenakan terhadap Uthayakumar - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiada tindakan akan dikenakan terhadap bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) P.Uthayakumar yang tidak menghadiri perjumpaan dengan Lembaga Penasihat ISA.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau dimaklumkan bahawa kehadiran Uthayakumar di hadapan Lembaga Penasihat tersebut bukan merupakan syarat kepada pembebasan beliau.

"Lembaga Penasihat ini memanggil mereka bukan untuk melihat tahap pemulihan setiap mereka yang ditahan di bawah ISA. Kalau dia tidak hadir ianya hanya akan berkisar kepada laporan lembaga dan tidak melanggar mana-mana syarat yang boleh diambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca Kabinet kementerian di sini Rabu.

Hishammuddin diminta mengulas tindakan pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang diharamkan itu, yang tidak menghadiri perjumpaan yang dijadualkan pada 10.30 pagi semalam, walaupun empat pemimpin lain pertubuhan itu yang turut dibebaskan baru-baru ini menghadirkan diri.

Ditanya mengenai keengganan Uthayakumar untuk menandatangani syarat pembebasan ketika dibenarkan keluar daripada tahanan tersebut, beliau berkata "sebenarnya ia tidak menyalahi undang-undang dan tidak menjejaskan pembebasan jika dia tidak menandatanganinya".

Hishammuddin berkata bagaimanapun beliau memandang serius tentang kenyataan-kenyataan Uthayakumar, berhubung demonstrasi jalanan, tuduhan-tuduhan dan ugutan-ugutan terhadap kerajaan terutama kementerian itu sendiri.

"Kita dalam hal ini tak pernah kompromi dan kalau melanggar undang-undang sedia ada kita tetap akan ambil tindakan," katanya.

Mengenai semakan semula beberapa undang-undang di bawah kementerian itu, Hishammuddin berkata selain mendapatkan pandangan mereka yang pakar dalam bidang tersebut, beliau juga akan turun ke peringkat akar umbi bagi mendapatkan pandangan mereka mengenainya.

Semua penahanan yang bersifat pencegahan, mereka yang terbabit dalam perhimpunan dan isu-isu berhubung kebebasan bersuara akan dikaji semula dan kemungkinan ia akan lebih longgar, katanya.

Ketika ditanya mengenai tindakan polis mengawal beberapa siri perhimpunan termasuk yang kecil dan yang membawa lilin dan dakwaan bahawa tindakan yang dilakukan seolah-olah jika berpakaian hitam itu merupakan satu kesalahan, Hishammuddin berkata "ia bukan semudah seperti yang dilihat."

"Itu sebenarnya yang berlaku tetapi banyak perkara yang tidak diketahui atau disedari umum termasuk mereka yang terbabit (dalam perhimpunan). Hanya dengan memakai pakaian hitam sudah tentu bukan satu kesalahan. Jangan fikir saya terlalu naif untuk mengatakan kami akan memenjara sesiapa sahaja yang berpakaian hitam.

"Tapi ia sebenarnya lebih daripada itu. Dan jika mereka mahu menyaman saya dan Ketua Polis Negara untuk itu, kedua-dua kami bersedia pergi ke mahkamah dan menjelaskan berhubung apa jua tindakan yang telah diambil," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan