Sebutan semula kes hina Sultan Perak 19 Jun

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chan Hon Keong dan isterinya Khoo Hui Shuang didakwa mengedar komen lucah mengenai Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Chan Hon Keong dan isterinya Khoo Hui Shuang didakwa mengedar komen lucah mengenai Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

PULAU PINANG: Mahkamah Sesyen Butterworth menetapkan 19 Jun ini untuk sebutan semula kes seorang ahli perniagaan dan isterinya yang didakwa mengedar komen lucah mengenai Sultan Perak Sultan Azlan Shah menerusi http://books.dreambook.com/duli/duli.html yang mempunyai pautan ke laman web pejabat baginda.

Hakim Julie Lack Abdullah menetapkan tarikh itu bagi membolehkan peguam Jagdeep Singh Deo mengemukakan bantahan awal dalam pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh.

Chan Hon Keong, 26, dan isterinya Khoo Hui Shuang, 27, didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Permatang Pauh, dekat sini kira-kira 12.05 pagi, 13 Feb lepas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu menurut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 292 yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tempoh tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain pertuduhan itu, mereka juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen lucah itu menggunakan aplikasi internet dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum menurut Seksyen 233(3) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara minimum setahun. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan