Sebelas termasuk dua wakil rakyat dibebaskan dengan jaminan polis

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebelas orang termasuk dua wakil rakyat parti pembangkang yang ditahan semalam kerana menyertai demontrasi menyalakan lilin dipercayai sebagai bantahan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak, dibebaskan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis secara berperingkat antara pukul 3 dan 4 pagi ini selepas keterangan mereka diambil.

"Kesemua mereka dibebaskan sejurus siasatan ke atas mereka selesai. Kami akan kaji dan siasat kes ini, sama ada mereka akan dipanggil semula untuk beri keterangan lanjut atau tidak," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam 11 orang termasuk dua wakil rakyat; iaitu anggota Parlimen Serdang Teo Nie Chin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Teratai Jenice Lee ditahan selepas menyertai demonstrasi nyalaan lilin di Seputeh pada pukul 8.20 malam semalam.

Nyalaan lilin itu diadakan di luar pejabat anggota Parlimen Seputeh dari DAP Teresa Kok dan disertai berpuluhpuluh orang yang memakai bajuT hitam sebagai menandakan apa yang mereka dakwa "pembunuhan demokrasi di Perak". BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan