Penanti: Calon Pakatan tidak ambil mudah walaupun BN tak tanding - Berita Semasa | mStar

Penanti: Calon Pakatan tidak ambil mudah walaupun BN tak tanding

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Mansor Othman mahu jentera parti itu terus bekerja keras bagi menghadapi pilihan raya kecil berkenaan walaupun Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon.

Beliau berkata PKR tidak memandang rendah walaupun hanya berkemungkinan akan bersaing dengan calon bebas pada pilihan raya yang akan diadakan pada 31 Mei ini.

Malah beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa Barisan Nasional (BN) akan membuat kejutan dengan mengemukakan calon mereka pada saat-saat akhir.

"Walaupun BN kata tak nak bertanding, jentera kita akan bekerja seperti biasa dan kita tak pernah ambil mudah mengenainya.

"Malahan pula hari penamaan calon ada beberapa hari lagi, kita tak tolak kemungkinan BN akan hantar calon juga nanti.

"Dalam politik pilihan raya macam-macam boleh jadi, oleh itu kita akan sentiasa bersedia," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pendirian BN untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil Penanti atas alasan pilihan raya berkenaan hanyalah satu permainan politik pembangkang dan bukan disebabkan keperluan mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu.

Selain PKR, calon Bebas, Aminah Abdullah yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang turut menyatakan hasrat untuk bertanding.

Manakala semalam seorang lagi calon bebas iaitu seorang ahli peniagaan, Mohd Saberi Othman turut mengumumkan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya kecil Penanti.

Mengulas mengenai peluangnya dalam pilihan raya kecil berkenaan selepas BN membuat keputusan berkenaan, beliau berkata tindakan BN itu sudah pasti memberi kelebihan kepadanya.

"Bila BN tak bertanding saya rasa peluang saya lebih cerah, tapi walau apapun saya tak pernah memandang rendah terhadap keupayaan calon-calon bebas yang turut menawarkan diri nanti," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan