Mangsa kedua influenza A (H1N1) dibenarkan keluar hari ini

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Mangsa kedua influenza A (H1N1) dibenarkan keluar dari wad isolasi Hospital Pulau Pinang, kata Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Masyarakat Penyayang, Kebajikan dan Kesihatan Negeri Phee Boon Poh.

Katanya pelajar wanita berumur 21 tahun itu yang telah dikuarantinkan di hospital itu dilaporkan sihat sebelum dibenarkan keluar pagi ini.

"Pelajar itu telah sembuh dan simptom H1N1 didapati tidak berkembang seminggu selepas beliau balik ke negara ini," katanya kepada pemberita di sini.

Pelajar itu yang menuntut di Amerika Syarikat pulang dari Newark, New Jersey, tiba di Lapangan Tergang Antarabangsa Kuala Lumpur menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia pada 13 Mei telah mendapatkan rawatan di hospital dua hari kemudian.

Pelajar itu merupakan sahabat kepada mangsa pertama H1N1 di negara ini yang menaiki pesawat yang sama.

Mangsa pertama yang juga berumur 21 thun telah dikuarantinkan di Hospital Sungai Buloh Jumaat lepas.

Phee berkata negeri itu bebas daripada H1N1 selepas pelajar itu dibenarkan keluar dan dua lagi lelaki yang menaiki pesawat yang sama yang menjadi mangsa.

"Kedua-dua lelaki itu dikuarantinkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Baru sejak Isnin dan dibenarkan keluar selepas tidak menunjukkan sebarang tanda daripada simptom itu," katanya.

Bagaimanapun, katanya, orang ramai diingatkan supaya sentiasa berhatihati dan mempraktikkan amalan kebersihan.

Sementara itu, 149 penumpang penerbangan dan 20 kakitangan Penerbangan Malaysia MH091 dan penerbangan AirAsia AK5358 dijangka dibebaskan daripada kuarantin di rumah hari ini. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan