Kerajaan Selangor gubal Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor akan menggubal Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat yang dijangka akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) November depan bagi memastikan ketelusan dalam penyampaian maklumat kepada rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, selepas akta itu diluluskan, rakyat terutamanya di Selangor dapat melakukan capaian terhadap dokumen-dokumen rasmi kerajaan negeri.

"Akta ini digubal supaya terdapat ketelusan dalam penyampaian maklumat.

"Dengan ini, rakyat dapat menerima maklumat dan dapat membuat pemikiran tertentu daripada maklumat yang diberikan," katanya selepas majlis sambutan Hari Kebebasan Akhbar Dunia dan pelancaran rangkaian media dan komunikasi Selangor.

Bagaimanapun katanya, jika terdapat maklumat yang boleh menggugat keselamatan negeri dan negara, ia tidak akan didedahkan.

Katanya, setakat ini tidak ada kriteria jelas berhubung dokumen yang boleh didedahkan atau sebaliknya di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), justeru akta yang akan digubal nanti akan menjelaskan secara terperinci berhubung perkara itu.

Katanya, Badan Bertindak Kebebasan Maklumat yang dianggotai Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan orang awam serta dipengerusikan oleh Elizabeth Wong akan berbincang dengan Speaker DUN berhubung idea bagi membentangkan rang undang-undang itu.

"Selepas bacaan kali pertama dan kedua, kita akan menubuhkan Jawatankuasa Kebebasan Maklumat yang dianggotai ADUN-ADUN dan jika berjaya diusahakan supaya dapat diwakili bersama oleh ADUN-ADUN dalam Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

"Kita berasakan penting memasukkan ADUN-ADUN BN oleh sebab ini merupakan isu yang kita hadapi bersama-sama," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan