Kabinet diberi peluang kaji laporan PKFZ

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Kabinet hari ini diberikan peluang untuk mengkaji secara terperinci Semakan Kedudukan Zon Bebas Pelabuhan Klang dan Port Klang Free Zone Sdn Bhd (Laporan PKFZ) yang disediakan oleh PricewaterhouseCoopers.

Laporan itu kali pertama dibincangkan dalam Kabinet pada minggu lepas dan perkara yang sama dibincangkan sekali lagi pada mesyuarat Kabinet hari ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dalam blognya.

"Saya difahamkan bahawa Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) berjaya menyelesaikan beberapa isu teknikal dengan PwC untuk mengeluarkan laporan itu termasuk isu-isu tanggung rugi," kata beliau mengenai perkembangan terkini isu tersebut yang menarik perhatian orang awam dan media.

Siasatan mengenai hab pindah kapal PKFZ seluas 405 hektar itu dimulakan selepas ia mendedahkan bahawa kos pembangunannya telah melonjak daripada kurang RM2.5 bilion pada asalnya kepada RM4.6 bilion.

"Saya tetap komited kepada dasar ketelusan dan keterbukaan kerana inilah apa yang sepatutnya kerajaan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. rakyat bukan sahaja mempunyai hak untuk mengetahui tetapi perlu diberi jaminan bahawa Kerajaan bertindak demi kepentingan mereka," kata Ong.

Ong menambah beliau yakin anggota Kabinet lain turut berkongsi wawasan dan aspirasi yang sama. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan