Seorang lagi calon bebas tawar diri bertanding di Penanti

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAGI CALON BEBAS... Mohd Saberi Othman ketika mengadakan sidang media di Bukit Mertajam bagi mengumumkan pendiriannya untuk bertanding atas tiket calon bebas pada pilihan raya kecil DUN Penanti 31 Mei ini.
LAGI CALON BEBAS... Mohd Saberi Othman ketika mengadakan sidang media di Bukit Mertajam bagi mengumumkan pendiriannya untuk bertanding atas tiket calon bebas pada pilihan raya kecil DUN Penanti 31 Mei ini.

BUTTERWORTH: Seorang lagi calon bebas mengumumkan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, menjadikan tiga calon telah mengesahkan untuk merebut kerusi itu.

Ahli perniagaan Mohd Saberi Othman, 49, berkata hasratnya untuk bertanding adalah kerana ingin berbakti kepada penduduk Penanti.

"Saya merupakan penduduk Kubang Semang... penduduk Penanti. Jadi saya ingin berkhidmat untuk penduduk kawasan itu tanpa mengira bangsa," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Bekas anggota tentera itu yakin akan mendapat sokongan penduduk Penanti memandangkan beliau anak jati kawasan itu.

"Saya yakin mendapat sokongan daripada penduduk di Penanti kerana saya mempunyai ramai kawan," katanya.

Sebelum ini, PKR mengumumkan pemilihan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56, sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan.

Selain PKR, bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, menyatakan hasrat bertanding sebagai calon bebas kerana merasakan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini tersasar daripada matlamat asal KeAdilan sewaktu awal penubuhannya dahulu.

Barisan Nasional (BN) semalam mengesahkan tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Kerusi DUN Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) Mohammad Fairus Khairuddin. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan