Penanti: Penyokong BN tidak dihalang keluar mengundi

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyokong Barisan Nasional (BN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak akan dihalang daripada keluar mengundi pada pilihan raya kecil kawasan itu 31 Mei ini.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Jalil Abdul Majid berkata, Umno dan BN tidak akan menghalang mana-mana ahli parti itu untuk menunaikan tanggugjawab mereka sebagai pengundi.

"Kita tak ada apa-apa halangan untuk ahli-ahli Umno keluar mengundi, mereka ada hak untuk itu.

"Dan kita juga tidak akan menghalang mereka untuk mengundi," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai arah tuju sokongan pengundi BN apabila parti itu mengumumkan pendiriannya semalam untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti.

Tambah Jalil, maklum balas yang diterima daripada ahli-ahli Umno berhubung keputusan tersebut amat positif dan beliau yakin rakyat Penanti memahami keputusan pucuk pimpinan parti.

"Maklum balas yang kita dapat cukup, rata-rata pengundi kita di Penanti akur dengan keputusan yang dibuat oleh Dewan Tertinggi BN," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon bagi kerusi DUN Penanti ialah 23 Mei ini dan jika ada pertandingan, hari pengundian akan diadakan pada 31 Mei.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu.

Malah PKR juga telah mengumumkan calon mereka untuk bertanding di Penanti iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman.

Selain PKR, calon Bebas, Aminah Abdullah yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang turut menyatakan hasrat untuk bertanding.

Manakala semalam seorang lagi calon bebas iaitu seorang ahli peniagaan, Mohd Saberi Othman turut mengumumkan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya kecil Penanti.

Bagaimanapun Jalil berkata Umno Permatang Pauh menasihatkan kepada pengundi-pengundi DUN Penanti supaya membuat pilihan yang bijak jika ingin turut serta pada pilihan raya berkenaan.

"Nasihat kami, kalau nak mengundi, pilihlah calon yang benar-benar boleh mmeberi sumbangan kepada penduduk setempat.

"Kita percaya penyokong kita bijak dan berfikiran terbuka dalam soal ini," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan pembangkang yang mengatakan Umno memberi tajaan kepada calon bebas, Aminah Abdullah, beliau menolak dakwaan tersebut.

"Umno menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kami menaja Puan Aminah, kami tak taja mana-mana calon," katanya.

Sementara itu diminta mengulas sama ada Umno bercadang untuk mempelawa Aminah menyertai parti itu, Jalil berkata perkara tersebut belum ada perancang dalam perancangan.

"Tak ada...tak ada, kita tak ada perancangan untuk itu lagi," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan