Parti baru Makkal Sakti Malaysia nafi dibiaya BN

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TERBARU... R.S. Thanenthiran menunjukkan sijil kelulusan pendaftaran Parti Makkal Sakthi Malaysia pada sidang media di Petaling Jaya hari ini. - foto The Star oleh ANDREW CHONG
TERBARU... R.S. Thanenthiran menunjukkan sijil kelulusan pendaftaran Parti Makkal Sakthi Malaysia pada sidang media di Petaling Jaya hari ini. - foto The Star oleh ANDREW CHONG

PETALING JAYA: Parti baru Makkal Sakti Malaysia (MMSP), yang diterajui bekas penyelaras kebangsaan Hindraf yang telah diharamkan tahun lalu, mahu menarik 300,000 ahli menjelang Jun 2010.

Penubuhan parti itu akan dilancarkan Julai depan.

Kelulusan pendaftaran MMSP bertarikh 11 Mei 2009 diterima minggu lalu, kata Presidennya R.S. Thanenthiran pada sidang media di sini hari ini, sambil menyifatkan permohonan mereka diluluskan dengan segera kemungkinan pihak berkuasa "sedar dan memahami matlamat perjuangan mereka sepanjang satu setengah tahun yang lalu."

Sejak pertengahan 2007, mereka bergerak atas nama Hindraf dan Makkal Sakhti.

Katanya, mereka telah mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan dua bulan yang lalu.

"Setakat ini kami sudah ada 5,000 ahli dan kami sasaran 300,000 orang dalam tempoh setahun akan datang," katanya lagi.

Pada sidang media pertama mengumumkan penubuhannya di sini petang ini, beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan mana-mana ikatan parti politik di negara ini - Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat demi kebajikan masyarakat India.

"Pendirian kami ialah akan menjalin ikatan sama ada dengan Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional, pakatan yang bersedia untuk membantu kepentingan masyarakat India di negara ini," kata beliau.

Pada pilihan raya umum lalu serta sehingga ketika pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Thanenthiran menyokong Pakatan Rakyat serta menggesa pembebasan lima pemimpin Hindraf yang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Kelima-lima mereka telah dibebaskan secara berperingkat sejak awal April lalu.

Dengan diapit sebahagian barisan kepimpinan MMSP, beliau menafikan penubuhan parti itu ditaja oleh BN dan menerima kewangan daripadanya.

"Kami tidak terima (daripada BN)," katanya sambil menambah, "jika ada mana-mana pihak yang hendak membiayai parti kami, kami alu-alukan."

Ia merupakan parti kedua mendakwa mahu menjaga kepentingan masyarakat India diumumkan penubuhan dalam tempoh sebulan lalu.

Mengenai struktur organisasi, Thanenthiran memberitahu selain beliau selaku Presidennya, A. Vathemurthy akan memainkan peranan sebagai Timbalan Presiden manakala R. Kannan sebagai Setiausaha Agung.

Parti itu terdiri daripada dua Naib Presiden, seorang Timbalan Presiden, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita selain 22 anggota jawatankuasa pusat.

Seperti parti-parti lain ia mempunyai kepimpinan negeri, bahagian dan cawangan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan