Kota Buku pasarkan hasil karya diwujud

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mewujudkan Kota Buku sebagai langkah untuk membuka ruang kepada penulis dan penerbit buku tempatan memasarkan hasil karya mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penubuhan Kota Buku yang akan diwujudkan di Kuala Lumpur menjelang akhir tahun ini akan turut membolehkan peminat sastera menikmati pelbagai karya bermutu dari pelbagai penerbitan.

"Penubuhan pusat ini diharap akan menjadi satu nukleus yang membolehkan para usahawan persatuan dan perusahaan membabitkan buku beroperasi di bawah satu bumbung.

"Kita sudah ada bangunan yang kita akan majukan di Kuala Lumpur. Sebahagiannya untuk dijadikan sebagai Muzium Guru manakala sebahagian lagi sebagai Kota Buku.

"Ia akan dimulakan akhir tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM20 juta dan dijangka siap tahun depan.

"Pembinaannya hanya memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian," katanya selepas majlis pelancaran koleksi buku terjemahan siri sastera Malaysia di sini, hari ini.

Selain itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian sedang merancang untuk menyelaraskan pengajian sastera antara peringkat sekolah mengah dengan peringkat universiti.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan