Khir Toyo disyor digantung setahun dari hadiri DUN

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengesyorkan agar bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo digantung selama setahun kerana gagal hadiri siasatan berkaitan isu Balkis.

Syor itu dibuat oleh jawatankuasa berkenaan yang bermesyuarat hari ini dipengerusikan Speaker DUN Teng Chang Khim.

Khir gagal menghadirkan diri sebagai saksi di pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dan dituduh kerana membuat kenyataan yang menyentuh integriti Dewan.

Selcat juga mendapati Dr. Mohd. Khir bersalah tiga tuduhan yang berkaitan dengan tindakannya mengeluarkan kenyataan-kenyataan negatif tentang jawatankuasa tersebut menerusi media dan blog beliau.

Selain penggantungan selama setahun kerana gagal menghadiri sesi siasatan, beliau juga digantung enam bulan bagi tiga tuduhan berkaitan.

Elaun dan hak keistimewaan Dr. Mohd. Khir sebagai ADUN juga akan digantung.

Ketika mengumumkan perkara tersebut di sini semalam, Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Teng memberitahu, penggantungan tersebut berjalan serentak.

Katanya, Dr. Mohd. Khir tidak boleh memasuki DUN dan tidak dibenarkan menerima elaunnya selama setahun.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan