Kayveas nafi anggap MIC 'monyet dalam sangkar'

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas menafikan kononnya beliau menyifatkan MIC sebagai "monyet dalam sangkar".

"Mana buktinya yang saya kata demikian. Malahan, saya boleh saman mereka yang membuat kenyataan menuduh saya berkata demikian," katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, anak Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu, Vel Paari, dilaporkan berkata seorang pemimpin akar umbi PPP mengesahkan bahawa Kayveas telah berkata demikian pada satu perjumpaan PPP minggu lepas.

"Itu adalah cakap dengar. Dia (Paari) dengar daripada orang lain," kata Kayveas.

Katanya terdapat pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau sejak bulan lepas ekoran perbalahannya dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah, yang juga bekas Ketua Pemuda PPP. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan