Bekas guru 100 tahun dikunjungi murid 83 tahun

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERJASA... Bekas guru, Abdullah Ismail ketika di temu bual Bernama di kediamannya di Baling hari ini. Abdullah berharap sempena Sambutan Hari Guru semua pelajar dari semua kaum di negara ini perlu menziarahi guru dan bekas guru masing-masing dalam usaha memupuk perpaduan kaum. --fotoBERNAMA
BERJASA... Bekas guru, Abdullah Ismail ketika di temu bual Bernama di kediamannya di Baling hari ini. Abdullah berharap sempena Sambutan Hari Guru semua pelajar dari semua kaum di negara ini perlu menziarahi guru dan bekas guru masing-masing dalam usaha memupuk perpaduan kaum. --fotoBERNAMA

BALING: Walaupun telah bersara sebagai guru 50 tahun lepas, jasa Abdullah Ismail yang kini berusia hampir 100 tahun, tetap dikenang khusus oleh dua bekas pelajarnya yang juga sudah lanjut umur.

Abdullah yang mesra dengan panggilan, Cikgu Pak Cu, hari ini dikunjungi bekas muridnya, Jusoh Abdullah, 83, dan seorang lagi, Omar Wahab, 75, dalam satu pertemuan yang diusahakan oleh pusat khidmat seorang wakil rakyat di sini.

"Tak sangka ada bekas anak murid yang masih kenang saya dan mahu berjumpa dengan saya," kata Abdullah kepada pemberita di sini.

Beliau memulakan tugas sebagai guru pada 31 Julai 1927 di sebuah sekolah di Baling ketika berusia 17 tahun.

Sekolah terakhir beliau bertugas ialah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Dawai di Sungai Petani pada 1950.

Abdullah berkata, guru sezamannya banyak mengambil berat terhadap masalah pelajar dan akan mengunjungi rumah murid untuk bertanya khabar jika seseorang murid itu tidak datang ke sekolah.

"Kami sanggup berjalan kaki lebih dua kilometer selepas waktu mengajar atau hari cuti untuk mengetahui kenapa murid tak datang ke sekolah, dan kami juga membawa ubat demam dan kudis kepada murid yang sakit," kata beliau.

Katanya, guru pada zaman beliau juga memberikan tumpuan mengajar tulisan Jawi kepada murid dari semua kaum sehingga terdapat anak kaum Cina dan India yang pandai menulis dan membaca Jawi.

Abdullah yang mempunyai tiga anak lelaki dan lima perempuan, kini mempunyai lebih 50 cucu, 20 cicit dan tiga piut Bekas muridnya, Jusoh, dari Kampung Banggol Wan Mat Baling berkata, Cikgu Pak Chu tegas ketika mengajar dan amat mengambil berat masalah muridnya.

"Dia akan tanya apa masalah yang kita hadapi jika kita tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran," kata beliau.

Omar, dari kampung Seberang Pekan Baling, pula berkata, semua pelajar di sekolah Kebangsaan Baling tidak berani bising dalam kelas ketika Cikgu Pak Cu sedang mengajar.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bayu, Azmi Che Hussain, berkata beliau akan berusaha untuk mengumpulkan lebih banyak bekas guru di sini untuk diraikan dalam satu majlis sebagai menghargai jasa mareka kepada anak bangsa. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan