Pemilihan: PAS isytihar tiada politik wang pancing sokongan

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini mengesahkan amalan politik wang tidak wujud dalam parti itu seperti yang digembar-gemburkan terutamanya menjelang pemilihan Jun depan.

Malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata jawatankuasa itu juga menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang mengaitkan parti itu dengan amalan rasuah dan politik wang.

"Saya telah mendengar taklimat dari Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Pengarah Pilihanraya PAS PUsat, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan beberapa pimpinan Pusat yang lain.

"Seteleh kita mengumpulkan maklumat dari semua negeri-negeri, kita dapati tidak ada amalan politik wang dalam PAS," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media selepas mesyurat itu berakhir.

Minggu lalu Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi mendedahkan bahawa perebutan kuasa dalam PAS semakin ketara sehingga ada individu sanggup memberikan 'hadiah' kepada perwakilan untuk mendapatkan sokongan pada pemilihan parti itu Jun depan.

Mohamed memberitahu, terdapat sesetengah calon yang telah membuat jamuan dan memberi baju kepada perwakilan untuk melobi supaya memenangi jawatan yang bakal ditandingi.

Jawatankuasa Harian PAS Pusat juga mengambil keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan kepada Mohamed Daud dan beranggapan isu politik wang dalam PAS tidak timbul.

Abdul Hadi juga menyifatkan usaha pihak-pihak tertentu untuk mengaitkan PAS dengan amalan politik wang ternyata tidak berhasil.

"Sebarang usaha untuk menembuskan bahtera PAS melalui politik kotor terbukti selama ini telah gagal.

"Kita yakin PAS tidak akan dapat ditembusi dengan amalan politik wang," katanya.

Dalam pada itu Mohamed Daud ketika ditemui selepas mesyuarat tersebut berkata beliau telah memberi penjelasan secara menyeluruh kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut sama beliau mengemukan sebarang bukti ataupun tidak berhubung dakwaannya sebelum ini.

"Tiada komen...Tiada komen, kalau saya cakap nanti banyak masalah.

"Saya serah kepada presiden parti," katanya ringkas.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan