BN umum lantikan pimpinan tertinggi

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional hari ini mengumumkan senarai pimpinan tertinggi (BN) dalam mesyuarat Dewan Tertingginya hari ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, jawatan Setiausaha Agung masih lagi disandang oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sementara jawatan Bendahari disandang oleh Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Katanya, BN turut memperkenalkan jawatan baru iaitu Ketua Penyelaras BN disandang oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang akan memberi tumpuan kepada negeri-negeri yang bukan dikuasai BN.

Najib berkata, jawatan Ketua Penerangan BN masih belum diputuskan dan hanya akan diumumkan pada mesyuarat akan datang.

Berikut adalah lantikan bagi Pengerusi-pengerusi BN negeri yang turut diumumkan: Perlis: Datuk Seri Md Isa Sabu Kedah: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Kelantan: Datuk Mustapa Mohamed Terengganu: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Pulau Pinang: Tan Sri Dr Koh Tsu Koon Perak: Datuk Seri Zambry Abdul Kadir Pahang: Datuk Seri Adnan Yaakob Selangor: Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Wilayah Persekutuan: Tan Sri Muhyiddin Yassin Negeri Sembilan: Datuk Seri Mohamad Hasan Melaka: Datuk Seri Mohd Ali Rustam Johor: Datuk Abdul Ghani Othman Sabah: Datuk Seri Musa Aman Sarawak: Tan Sri Abdul Taib Mahmud

Selain itu, Najib berkata, Dewan Tertinggi BN juga memutuskan supaya sayap Puteri BN diwujudkan secara rasmi akan dijemput hadir dalam mesyuarat.

Selain itu katanya, isu PPP tidak dibincangkan di dalam mesyuarat hari ini kerana ia merupakan masalah dalaman parti itu.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan